Wakaf King George V
Published: 03/06/2010
Wakaf King terletak di Jalan Palekbang - Berangan , berhampiran Jambatan dan Gok Batu-bata. Menurut penduduk setempat, Wakaf ini dibina oleh Sami Buddha yang berulang alik dari Tumpat ke Aril Bachok. Setiap kali melalui jalan ini, sami-sami mereka membawa beberapa ketul batu dan pasir untuk dikumpul dan dijadikan sebuah wakaf tempat berehat sebelum meneruskan perjalanan.
Memandangkan ketika itu 1910 - 1935 tiada kemudahan kenderaan untuk memunggah peralatan pembinaan mereka bina secara beransur-ansur sehingga memakan masa 25 tahun untuk disiapkan.
Beberapa keistimewaan bentuk binaan dan penggunaan peralatan iaitu Cerucuk yang digunakan diperbuat daripada nibung tidak daripada besi dan paku yang digunakan adalah sejenis paku tahan karat yang kekal sehingga ke hari ini.
Beberapa tahun yang lalu, Wakaf King ini hampir roboh dan penduduk setempat mengambil daya sendiri dengan membaiki Wakaf ini sepertimana yang boleh dilihat pada hari ini.
Photo Gallery

